UMNO Sabah sedang membangunkan gabungan baharu bersama dua parti Sabah untuk mencabar keabsahan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), diketuai oleh Hajiji Noor, pada pilihan raya negeri Sabah yang dijangkakan berlangsung sebelum atau pada bulan November 2025.

Parti serantau serta UMNO Sabah—Parti Warisan Shafie Apdal dan parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Peter Anthony akan berganding bahu membentuk sebuah perikatan.

Kejayaan perikatan tersebut bergantung pada kebolehan pihak berikat untuk kekal bersama dan sebulat suara dengan pengaturan perkongsian kerusi yang strategik, memastikan barisan hadapan yang bersatu dalam pertembungan menghadapi GRS dengan satu calon utama bagi setiap kawasan pilihan raya.

Dalam sistem berbilang parti Malaysia yang mengamalkan “pemenang undi terbanyak” yang bermaksud si pemenang membolot semua, pihak pembangkang yang berpecah seringkali menguntungkan kerajaan yang memerintah. Hal ini umpama membuat rumah dalam rumah. Pada pilihan raya Sabah tahun 2020, perikatan GRS Hajiji memperoleh 43.22% daripada undian tersohor, namun hanya meraih 38 daripada 73 jumlah keseluruhan kerusi.

Tahun 2024 menjelang. Walau bagaimanapun, belum genap setengah tahun, perikatan rancu pihak pembangkang Sabah sudah mula berkecamuk. Punca terbaru ialah Bung Moktar—pengerusi UMNO Sabah—mendesak Warisan demi sebuah pakatan pilihan raya. Ini mengakibatkan UMNO Sabah berpecah kepada dua pihak. Sebelah pihak ialah Rahman Dahlan dan beberapa hulubalang UMNO yang bermati-matian menolak untuk bekerjasama dengan Shafie. Ada beberapa juga di antara mereka bagai murai berkicau di hari siang dalam menyatakan hasrat untuk meninggalkan UMNO Sabah jika parti tersebut berkeras untuk bersama-sama Warisan. Ada juga ura-ura mengenai komplikasi mahkamah antara Bung Moktar dan isteri, dan kes Mahkamah Rayuan Peter Anthony. Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas; retak dahulu tanda berlawan, sembang melangit tanda berakhir lekas.

Malah, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan komponen Barisan Nasional (BN) Sabah, iaitu MCA Sabah, turut menjauhkan diri daripada UMNO Sabah. Terang lagi bersuluh, MCA Sabah memastikan mereka tidak menjadi pak turut dalam mengikut gabungan baharu bersama Warisan.

Kekeruhan yang berlaku dalam pucuk mentah gabungan ini terjadi ketika pohon kepimpinan Hajiji sedang mencengkam bumi dan akarnya menjalar lebih dalam.

Semuanya berubah secara mendadak bagi GRS pasca-Disember 2023. Besar kemungkinan, peluang pilihan raya parti ini meningkat tatkala menjelang musim mengundi.

Kerapuhan perikatan pihak pembangkang, antaranya, berpunca daripada sudut pandang berbeza parti UMNO yang dikepalai oleh Zahid Hamidi. Parti berikut hanya mendapat kurang 15% daripada undian dan sekadar 14 kerusi daripada 33 jumlah kerusi keseluruhan yang dipertandingkan dalam pilihan raya Sabah 2020. Dua tahun kemudian, UMNO hanya memenangi enam (6) daripada 11 kerusi parlimen di Sabah yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum. Hingga kini, parti tersebut masih bergelut.

Tanggapan kini ialah UMNO merupakan rakan subahat yang toksik dek kelemahan mereka, serta kemampuan mereka untuk memburukkan teman seperjuangan.

Walau bagaimanapun, berkongsi kerusi bukanlah medan pertempuran utama. Pihak pembangkang tidak mampu untuk menyuakan naratif berlainan untuk adunan nasionalisme dan pembangunan yang mengharumkan nama GRS.

Begitu banyak isu yang parti pembangkang boleh mainkan. Kadangkala, mereka tergamak juga memperalatkan pendatang tanpa izin (PTI) untuk menyertai demonstrasi mereka, seperti demonstrasi #kamimahuair yang berlangsung baru-baru ini menyalahkan parti Warisan. Mereka mengetengahkan “kegagalan” Hajiji dalam menangani masalah kekurangan bekalan air yang teruk, potongan elektrik dan jalan raya rosak. Para pembangkang juga mengutuk GRS berhubungan kepada 40% keuntungan bersih geran khas di bawah Perkara 112C dan 112D mengikut Perlembagaan Persekutuan, walaupun ramai yang tahu bahawa Kerajaan Negeri Sabah di bawah naungan GRS Hajiji tidak akan sesekali melepaskan asas-asas hak Sabah berkaitan 40% keuntungan bersih geran khas. Ini merupakan sebahagian daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), akan tetapi kerajaan persekutuan berhenti membayar negeri tersebut haknya sejak tahun 1974 dan seterusnya.

Namun, kelihatan seperti tiada “daya pengikat ideologi” yang menyatukan pihak pembangkang, terutama sekali berhubungan dengan nasionalisme perkasa Sabah yang dicanangkan oleh Hajiji dan parti GRS.

Dalam ketergesaan membikin perikatan demi menghadapi parti GRS yang memiliki jentera dan sumber yang elok, serta diketuai oleh seorang pemimpin tersohor, bukanlah sesuatu pekerjaan ibarat naik basuh kaki sahaja. Hampir sedekad lamanya untuk pihak pembangkang yang berpecah untuk bersatu padu, lantas mengalahkan parti BN yang mendominasi ranah politik Malaysia tanpa sebarang seteru; parti BN sama yang telah pun memerintah negara selama 60 tahun sejak zaman kemerdekaan sehinggalah tahun 2018.

Gabungan Pakatan Harapan (PH 2.0) —Dr Mahathir, antara dua bak minyak dan air—berganding bahu untuk menjatuhkan Najib Tun Razak tahun 2018. (Gabungan PH yang diketuai oleh Dr. Mahathir berpecah dalam masa 22 bulan akibat percanggahan dalaman dan agenda peribadi para pemimpinnya. Dari sudut lain pula, ia berjaya menjatuhkan pihak lawan yang boleh dianggap kebal.)

Syahdan, apakah perikatan baru UMNO Sabah ini umpama ke gunung tetapi tidak mendapat angin? Perikatan tersebut kini sedang dilambung ombak, tetapi masih sempat untuk mendayung kembali ke pesisiran. Semuanya bergantung kepada prestasi UMNO Sabah dan parti Warisan dalam lebih 40 kerusi di kubu GRS sebelah pantai barat dan pendalaman Sabah, berbanding keputusan rakan kongsinya di kawasan pilihan raya mereka masing-masing.

Begitulah adat politik Negeri Di Bawah Bayu: berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hey, hey! What have you got to say?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.