MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM SABAH KE-17

Posted: April 23, 2024 in about me, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor, MA63, Malaysia, Pakatan Harapan, Sabah
Tags:

Bahasa Malaysia Version

Adakah pilihan raya Sabah yang bakal tiba sudah selesai? Soalan “gaharu-cendana” ini tetap ditanyakan semua namun perkembangan politik terbaru menunjukkan bahawa GRS di bawah pimpinan Hajiji Noor sedang rancak ke hadapan, manakala pada masa yang sama pihak pembangkang kekal dalam belenggu kekacauan.


Pilihan Raya Sabah Ke-17 yang bakal menjelang kian hampir. Pertimbangan mengenai calon yang berpotensi untuk menjawat jawatan ketua Menteri sudah mula hangat dibahaskan. Namun di sebalik ribut dunia politik, satu nama yang tersohor tetap muncul untuk memimpin kerajaan; memperkenalkan penyandang Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.


Hajiji Noor, dengan tempoh perkhidmatan yang lanjutnya, bukan suatu nama yang asing di dalam medan politik. Kebolehan kepimpinannya sudah lama menjadi buah mulut ramai. Metodologi kepimpinan Hajiji Noor yang tersendiri amat berbeza daripada pihak pembangkang seperti khususnya bekas Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal; mahupun Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar. Perbezaan ketara inilah yang meletakkan beliau sebagai petanding yang kuat bagi jawatan Ketua Menteri Sabah.


Dalam rencana ini, kami akan menganalisiskan sebab mengapa Hajiji Noor merupakan calon terbaik untuk memimpin Kerajaan Negeri di Bawah Bayu ini.

Pertama sekali, Hajiji Noor tidak pernah berkompromi dengan ideologinya.

Walaupun berada dalam suatu pakatan bersama dengan Perikatan Nasional (PN), namun Hajiji Noor tidak pernah mengetepikan ideologi dan prinsipnya. Beliau tidak teragak-agak untuk mengambil pendirian mengenai isu yang mustahak seperti hak negeri Sabah sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan hak 40% hasil yang dituntut daripada Kerajaan Persekutuan, walaupun ini bermaksud ia bertentangan dengan pendirian teman sepakatannya. Komitmen Hajiji Noor yang teguh terhadap prinsipnya telah memperolehi penghormatan daripada penyokongnya mahupun pengkritiknya. Ini menjadi bukti kepada perwatakan dan iltizam beliau yang kukuh.

Selain itu, tumpuan beliau terhadap keadilan sosial dan langkah-langkah kebajikan juga harus dipuji. Hajiji merupakan seorang penyokong kuat bagi isu kemiskinan tegar dan telah melaksanakan beberapa dasar yang bertujuan mengangkat golongan tersebut. Beliau mempercayai pada langkah afirmatif dan komited untuk merapatkan jurang kemiskinan yang telah kian membelenggu ramai warga Bumiputera di Sabah.


Hajiji Noor juga bertekad untuk membawa perubahan kepada kehidupan rakyat negeri ini yang mahukan advokasi—terutamanya di kawasan pedalaman. Beliau juga tidak melepas pandang pada perkembangan dan pembangunan ekonomi. Tumpuan Hajiji terhadap keadilan sosial dan langkah-langkah kebajikan selari dengan ideologi beberapa parti politik lain dan hal ini berupaya membantu beliau meraih sokongan mereka.


Hajiji bukan sekali telah mempamerkan bahawa Parti Warisan bukannya kebal dalam medan politik Sabah pasca-2018. Bahkan, sudah dua kali beliau membuktikkan perkara ini. Pada tahun 2020, Hajiji membentuk sebuah gabungan bersama parti lain yang telah mengalahkan parti Warisan dalam pilihan raya negeri. Malahan ini dicapai pada ketika populariti Shafie Apdal sedang kian memuncak.

Reputasi Hajiji Noor sebagai seorang tokoh politik yang jujur dan amanah adalah umpama seperti suatu bayu yang segar. Beliau telah mengekalkan Sabah di landasan pemerintahan dan pada masa yang sama beliau telah meniti keseimbangan antara kesederhanaan perkauman Sabah yang istimewa dengan prinsip ketuanan UMNO serta juga Islamisasi PAS pada era pimpinan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri, semua ini dicapai pada ketika PN berkuasa. Ini berupaya membantu beliau memperoleh kepercayaan para pengundi, terutama sekali mereka yang semakin kecewa dengan sistem politik sedia ada.

Parti pembangkang memerlukan seorang pemimpin yang berkemampuan. Mereka memerlukan seseorang yang mampu memberikan alternatif kepada parti pemerintah, iaitu GRS. Setakat ini, tiada ketua pembangkang yang sesuai dan mampu berbuat sedemikian. Kemahiran Hajiji membentuk gabungan dan menjalin kerjasama dengan berbagai-bagai pihak merupakan satu aset bernilai. Kecekapannya dalam berkerjasama dengan merentas pelbagai parti politik negeri Sabah—disertai hubungan baiknya dengan ramai ketua parti Pembangkang—menjadikan beliau calon utama dan paling sesuai untuk meneraju gabungan GRS.

Di samping itu, tempoh sandangan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Ghafar Baba pada tahun 1990an memberinya pendedahan terhadap politik kebangsaan, serta mempunyai pengalaman sedia ada dalam mekanisme Kerajaan Persekutuan.

Tanpa diragui, usahanya ini bukanlah sesuatu yang enteng. Ranjau berduri menanti Hajiji. Paling utama, ancaman ini datang dalam bentuk serangan terancang oleh Warisan dan UMNO. Kini, UMNO sedang bergelut dengan pelbagai pergolakan. Terdapat tiga kem dalam UMNO Sabah, antaranya kumpulan yang diterajui oleh Rahman Dahlan yang tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan parti Warisan. Namun, kem Rahman Dahlan ini telah ditewaskan oleh Bung Moktar yang ingin bekerjasama dengan parti Warisan dalam pilihan raya Sabah yang bakal tiba bagi menghadapi kerajaan negeri pimpinan GRS.

Kemudiannya, terdapat juga beberapa ketua UMNO Sabah yang telah berpaling tadah dan memasuki kem Hajiji. Ia bakal menjadi tatapan hebat untuk melihat bagaimana Bung Moktar dan UMNO Sabah mengemudi badai politik ini.

Sekali lagi pada awal tahun 2023, Hajiji mengulangi prestasi cemerlangnya ini dengan menangkis strategi Warisan-UMNO dalam usaha mereka untuk merampas kuasa ala ‘Langkah Kinabalu’ bagi menumbangkan kerajaan GRS pimpinan Hajiji Noor. Sebaliknya, Hajiji Noor menjalinkan pakatan bersama bekas seterunya iaitu Pakatan Harapan (PH). UMNO kemudiannya diketepikan daripada pihak pemerintahan. Inilah bukti kecerdikan dan keupayaan Hajiji dalam menelusuri muka bumi politik Sabah yang berliku.

Mengapa Hajiji Sebagai Pilihan?

Gaya kepimpinan Hajiji Noor jauh berbeza dengan Shafie Apdal. Walaupun Shafie kelihatan sebagai seorang ketua yang tegas dan tidak gentar membuat keputusan berani namun kepimpinanya semberono. Kepimpinan Hajiji pula, adalah lebih halus dan tertib. Beliau membangunkan persetujuan dengan mempertimbangkan semua pemegang taruh sebelum memutuskan sesuatu perkara. Gaya kepimpinan ini lebih inklusif, malah telah banyak membantu Hajiji dalam mengekalkan kerajaan yang stabil di Sabah sejak tahun 2020.

Comments
  1. All kinds of brandings these days. Some say PTI party la, some say Shabu party la, macam2

    Like

  2. It’s open secret that the Opposition in Sabah has stigma attached, being seen as disloyal and incorrigible, and including PTI (pendatang tanpa izin or illegal immigrants) entered in the electoral rolls.

    Since the Election Commission (EC) was linked with the JPN data bank, the PTI would be automatically purged from the electoral rolls, if they turn up at polling stations. It’s work in progress since automatic registration of voters was introduced. All citizens in the JPN data bank are automatically entered in the electoral rolls.

    These PTI were investigated by the 2013 Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah and by anti-PTI activist Dr Chong Eng Leong in two books viz. “Lest We Forget” published in July 2009 and “Population Explosion and Demographic Shift in Sabah” published in Dec 2023.

    Both the RCI and Dr Chong found that the PTI hold blue MyKad (citizen) based on fraudulent late registration birth cert secured on the basis of fraudulent SD (statutory declaration). The National Registration Act 1959/1963 refers.

    The PTI in the electoral rolls compromise the sovereignty of the people of Sabah especially the Orang Asal (Original People) who hold NCR (native customary rights) land under Adat which, being based on customary practices, has force of law like the Constitution.

    PTI in the electoral rolls is a violation of human rights which remains the basis of international law arising from international customary practices which has force of law.

    Adat remains the 1st law in international law. The Constitution reads compliant with Adat and international law.

    The PTI-friendly Warisan Party, which had seized power from the Barisan Nasional (BN) on 11 May 2018 by the backdoor, was ousted by the snap Sabah election on 26 September 2020. Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin placed JPN officers at the polling stations. The PTI on the electoral rolls could not vote despite the slogan, “Sabah ini Kita Punya, Kita Ubah” (Sabah is Ours, We Change).

    Again, Hamzah denied the PTI during GE15 in late November 2022.

    Sabahan under the multi-pronged campaign, “Lawan Tetap Lawan” (Fight, Surely Fight), “Ini Kali Lah” (This is the Time), “Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi” (If not us, who), and “Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi” (If not now, then when?) won the day against the PTI, the PTI mesra (PTI-friendly) and the Pencinta PTI (PTI Lovers).

    The PTI, licking the wounds, are eyeing the next Sabah election in late 2025.

    They are flooding TikTok and other social media platforms with all sorts of propaganda.

    One propaganda labels the Orang Asal in particular as “racists” who allegedly came from Mongolia.

    The Constitution, Parliament and the court of law cannot get into “race”, religion, theology, DNA and geographical origin, among others.

    The rule of law remains the basis of the Constitution.

    The PTI are lawbreakers under the National Registration Act 1959/1963.

    They should turn up at the nearest police station and surrender fraudulent documents.

    They can retain the police report as “proof of identity” in law.

    The police report should cover the complete story on the PTI turning up in Sabah. The police report should include mitigating circumstances, if any. That helps with decision-making based on humanitarian considerations.

    Like

Hey, hey! What have you got to say?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.