Isu utama yang kian menonjol di media sosial di saat-saat pilihan raya Kimanis kini telah beralih daripada isu PSS kepada tempat lahir asal Shafie Apdal. Media sosial kini kian membara dengan khabar bahawa tempat lahir asal Shafie Apdal adalah Jolo di Filipina. Ini boleh dikatakan kerana ramai yang mempertikaikan polisi Parti Warisan yang kian memihak kepada PATI daripada orang Sabah.

Netizen-netizen kian menyuarakan bahawa Shafie Apdal akan mengumumkan sebuah pulau bagi PATI dan juga untuk membenarkan pam bot serta membenarkan tempat tinggal PATI. Selain itu, terdapat janji daripada Shafie Apdal untuk mengambil 200 ekar laut Tanjung Aru untuk dijadikan tanah bagi pendudk di Pulau Gaya. Dan kini untuk memberi PSS kepada PATI!!

Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teik Lee juga menyuarakan bahawa tindakan Shafie ini menghantar mesej kepada penduduk Filipina untuk berhijrah ke Sabah.

Adakah patut penduduk Sabah dipersalahkan dalam menyuarakan kebimbangan mereka sedangkan semua jawatan utama kerajaan negeri dan badan-badan berkanun diisi oleh penyokong Shafie Apdal daripada kawasannya.

Terdapat kebimbangan di kalangan penduduk berkenaan hala tuju Warisan namun mereka memilih untuk mendiamkan diri.

Comments
  1. Warisan says:

    RESPOND BY: YB Datuk Mohd Azis Bin Jamman
    Ketua Wira Warisan Sabah

    #WARISAN

    Saya mengambil maklum keputusan Kabinet Sabah utk tidak meneruskan perlaksanaan PSS. Saya telah maklumkan akan keputusan kerajaan negeri tersebut dalam mesyuarat Post-Cabinet KDN kelmarin dan KDN akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan Kerajaan Negeri Sabah setelah KDN dan Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan. KDN pada dasarnya akan membuat keputusan seiring dgn keputusan kerajaan negeri.

    Secara peribadi saya tiada halangan dgn keputusan Kerajaan Negeri malah saya menyokong jika itu adalah aspirasi rakyat Sabah khususnya masyarakat KDMR utk tidak meneruskan cadangan PSS tetapi suka saya jelaskan sekali lagi bahawa sewaktu cadangan Pas Residen Sabah di bincang dan di cadangkan oleh kerajaan terdahulu, with good intention setelah kerajaan PH mengambil alih kerajaan, mengambil kira masalah PTI di negeri Sabah yg telah berlarutan sejak puluhan tahun ketika BN memerintah Malaysia dan Negeri Sabah maka KEmenterian Dalam Negeri (KDN) di bawah kerajaan pakatan harapan telah mengambil keputusan utk meneruskan cadangan tersebut dgn membuat pindaan nama dan tempoh masa renewal. Kerajaan BN mencadangkan nama: Pas Residen Sabah dan Kerajaan PH mencadangkan nama: Pas Sementara Sabah. Kerajaan BN mencadangkan tempoh masa 5 tahun tetapi kerajaan PH menukarnya kepada 3 tahun. Lain daripada itu kerajaan PH tidak mengubah apa2 dasar yg telah di bincang dan di putus oleh kerajaan terdahulu.

    Perlaksanaan Pas Residen/Pas Sementara Sabah secara jelas ianya baik utk memburu pendatang asing tanpa izin yg memegang dokumen2 palsu yg di perolehi daripada sindiket pemalsuan selain dapat memudahkan penguatkuasaan bila 3 dokumen yg berlainan di satukan menjadi 1 dokumen. Namun apabila ianya di spin oleh pihak pembangkang kononnya utk memberi kewarganegaraan maka ramailah rakyat Sabah yg termakan dgn spin yg di mainkan oleh pihak pembangkang. Tan Sri Pairin selaku bekas pengerusi Jawatankuasa Teknikal memilih utk bermain politik rather than having the will to support what he had started. To cut the story short, jika benar rakyat Sabah khususnya masyarakt KDMR merasakan PSS tidak sewajarnya di lakukan, maka selaku kerajaan yg mendengar suara rakyat, kerajaan Warisan mengambil keputusan utk tidak meneruskan walaupun PSS sebenarnya baik utk membenteras masalah pemalsuan dokumen.

    Cuma ada beberapa perkara yg saya ingin jelas kan di sini agar rakyat sabah tahu dan maklum bahawasanya:

    Dengan tidak terlaksana PSS maka dokumen imm13, burung2 dan Sijil Banci masih terpakai dan apa juga dasar yg telah di laksanakan oleh kerajaan dahulu ttg dokumen ini masih berjalan dan tidak berubah.
    Sindiket pemalsuan dokumen yg sejak sekian lama telah mengeluarkan dokumen-dokumen palsu khususnya burung-burung dan Sijil Banci yang langsung tidak ada ciri-ciri keselamatan dan menjualnya kepada Pendatang Asing Tanpa Izin yg masuk secara haram ke negara Malaysia dan Sabah khususnya adalah PEMENANG SEBENAR bila PSS tidak di laksanakan. Parti politik atau pemimpin BN mungkin memang PRK Kimanis kerana mereka berjaya menipu dan memanipulasi mengatakan PSS adalah cadangan kerajaan PH+Warisan bertujuan utk beri kewarganegaraan sedangkan mereka tahu cadangan Pas Residen Sabah oleh mereka dahulu adalah bertujuan utk membenteras pemalsuan dokumen dan mengkoordinasi 3 dokumen berbeza yg telah dikeluar sejak zaman kerajaan USNO hingga menyukarkan pihak berkuasa utk menguatkuasakan undang2 imigresin tetapi pemenang sebenar dlm isu PSS adalah Sindiket pengeluaran dokumen palsu ini.
    Penguatkuasa Imigresin selepas ini bila melakukan operasi-operasi memburu PTI pastinya akan terus menghadapi kesukaran utk mengenalpasti kesahihan dokumen2 burung2 dan banci. Akhirnya pemegang dokumen palsu akan terus bebas bergerak di Sabah kerana kesukaran pihak imigresin mengenalpasti samaada dokumen itu tulen atau sebaliknya.
    Kerajaan akan terus komited utk memburu pengeluar dokumen-dokumen palsu agar isu PTI yang mendapat dokumen yg mudah di palsukan ini dapat di benteras walaupun kita tahu kekangan dan kesukaran agensi penguatkuasa seperti imigresin kerana tiada pengkoordinasian terhadap 3 dokumen yg di keluarkan oleh 3 agensi yg berlainan. Ditambah lagi dgn sindiket pemalsuan ini bergerak dari satu tempat ke tempat yg lain di seluruh Sabah menyukarkan pihak PDRM dan Penguatkuasa utk memberkas mereka namun usaha akan terus di pergiat utk mencari mereka.

    Therefore, jangan salahkan kerajaan Warisan jika isu PTI tidak dapat di selesaikan di Sabah walaupun kerajaan Warisan telah menunjukkan komitmen utk memburu PTI2 yg memegang dokumen2 palsu ini. Salahkan Parti Barisan Nasional yg cukup jelas mempunyai sejarah menternak sehinggalah mereka menjadi pembangkang namun masih tetap mahu melindungi PTI dengan memutarbelikan, menipu dan berbohong kepada rakyat Sabah bahawa PSS adalah utk PTI walhal mereka tahu PSS adalah utk memudahkan pihak penguatkuasa memburu PTI kerana cadangan perlaksanaan Pas Residen Sabah yg mereka bincangkan sewaktu mereka menjadi kerajaan itu secara jelas telah memperincikan kenapa perlu Pas Residen Sabah di laksanakan and yet kerana ingin menang PRK Kimanis, mereka sanggup menipu rakyat Sabah.

    Yang pasti pembatalan perlaksanaan PSS bukanlah keputusan Flip-Flop kerajaan Warisan+PH tetapi atas dasar mendengar suara rakyat Sabah. Sekurang-kurangnya kerajaan hari ini lebih bersifat telus dan lebih bersifat terbuka.

    Tahniah YAB Ketua Menteri Sabah kerana berani menerima kekalahan PRK Kimanis di bahu YAB sendiri tanpa menuding jari kepada sesiapa namun suka saya jelaskan disini bahawa saya juga perlu menerima kesalahan tersebut kerana tidak berupaya menjelaskan sejelas-jelasnya kepada rakyat Sabah tentang PSS cuma bukan tidak ingin menjelaskan cuma timing PRK kimanis yang bertembung dgn jadual di mana sepatutnya sesi penerangan kepada ahli-ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Sabah serta sesi jelajah townhall kepada masyarakat Sabah di 25 parlimen semenangnya telah di jadualkan brrmula pada awal bulan januari 2020 tetapi sebagaimana di sebutkan ianya telah bertembung dgn PRK Kimanis. Apa pun selain PRK Kimanis telah melabuhkan tirainya, cadangan perlaksanaan PSS juga telah melabuhkan tirainya.

    YAB Dato Seri. Jika benarlah punca kekalahan Warisan adalah kerana PSS dan kurangnya penerangan…I would like to take the blame on my shoulder as well, sebab realitinya kita kalah kepada persepsi, fitnah dan lain-lain lagi yang tidak dpt saya jelaskan di sini.

    Masa utk kembali focus kepada agenda membangunkan Sabah. Nothing has changed, we are still state government of Sabah and we are still part of the federal government. Kita cuma gagal merampas kerusi Parlimen Kimanis daripada BN…..everything else still remain the same.

    Mohd Azis Bin Jamman
    Ketua Wira Warisan Sabah

    #WARISAN
    #Wira_WARISAN
    #KDN

    via whatsapp message.

    Like

Hey, hey! What have you got to say?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.