Sabah’s Watergate Scandal is the hottest news in town. The Malaysian Anti-Corruption Commission seized RM114mil worth of assets RM53.7mil in cold cash stashed in houses and offices from two senior Sabah Water Department officials on Oct 4. The duo, a Director and Assistant Director of the Water Department are being investigated for alleged abuse of power and money laundering linked to contracts for RM3.3bil federal-funded projects channelled to the department since 2010.

This MACC seizure has opened many eyes, it is another reason why administrative reforms should be put in place, especially with regard to Federal development funds. This is what Musa Aman has been saying all along years and years ago.

The rural infrastructure allocation system for Sabah needs to be streamlined by the federal government through the channeling of federal funds directly to the state government to enhance the effectiveness of project implementation, particularly rural development projects. The total allocation provided by the federal government to the state for rural development projects is more than RM6 billion for the period from 2010 to 2013, which is approximately RM2 billion per year.

There is no justification for Federal to approve and implement projects in the State and ignore and not channel the funds to the State Government. The Federal Government should not be seen as usurping the authority of Sabah and creating a parallel government in the process.

The funds for all Federal funded projects should be channelled to the Sabah government for implementation and monitoring. State government knows better the ground situation and has in-depth knowledge of local conditions and requirements. Definitely the State government can chart Sabah’s own development course to meet local needs and requirements

The Federal Government should not play politics with federal funds …

In the wake of all this, here is an interesting take by Onn Ariffin. Onn was the former Director of Federal State Liason (USNO) an appointed post by Tun Mustapha in 1987, he was the “brain” behind the parallel government before Umno actually took charge in Sabah. Onn now Datuk, has been part of Sabah politics since the 70s and onetime he was Secretary-General of USNO.

Onn’s piece is in Malay but here it goes…..

ONN ARIFFIN

Tun Mustapha telah melantik saya sebagai Pengarah Perhubungan Persekutuan Negeri (USNO) sebaik sahaja tugas saya sebagai Setiausha Agung USNO tamat dalam tahun 1987.

Jawatan ini tidak mempunyai sebarang rujukan atau penunjuk arah tentang apakah peranan jawatan ini bagi kepentingan party mahu pun negeri.

Yang lebih saya fahami kerana Tun terpaksa menjawab soalan pemberita di Lapangan Terbang dalam sidang media tentang apakah jawatan seterusnya yang akan dipegang oleh Setiausaha Agong yang ada selepas tamat perkhidmatannya.

Jawapan Tun secara sepontan ialah perhubungan antara Kuala Lumpur dan Sabah.
Dari situlah timbulnya tafsiran disesuakan sahaja dengan panggilan nama Pengarah Perhubungan Persekutuan Negeri (USNO) oleh kerana terfikir kemungkin ada sesuatu yang boleh dijalankan untuk memenuhi tuntutan waktu .

Walau pun secara sepontan, namun ada juga kebijaksanaan Tun dalam mengumumkan perlantikan jawatan terebut kerana pada ketika itu pihak Kuala Lumpur merasakan suatu suasana kosong dalam poliitik Sabah setelah PBS mengambil alih Kerajaan Negeri. Lebih dari itu banyak isu-isu yang dibangkitkan sukar untuk dipertahankan kerana ketiadaan pemain tempatan.

Tugas utama jawatan tersebut adalah untuk meningkatkan perhatian rakyat atas kemampuan USNO sebagai kerajaan Alternative di Sabah. Oleh itu usaha utamanya ialah untuk memainkan peranan perang saikologi dan membidas isu-isu party lawan secara terbuka. Pada ketika itu juga dua akhbar kebangsaan yang hampir tutup laman Sabah dan menutup pejabat mereka kembali bergerak aktib. Dalam masa yang sama kita mengambil ikhtiar terselindung untuk mengambil alih Sabah Times walau pun sahamnya saling bertukar tangan, tapi untuk jangka waktu itu ia dapat dipergunakan untuk faedah USNO dan dasar-dasar untuk membawa lembaran pembangunan baru dinegeri ini.

Teringat saya atas pesanan Tun supaya tidak berunding dengan sesiapa pun dalam party atas tindakan-tindakan yang perlu di jalankan oleh Setiausha Agong Party, walau pun dengan Timbalan Presiden. Katanya buat apa sahaja yang perlu dan munasabah kerana pada akhirnya kita akan berhadapan dengan Majlis Tertinggi USNO untuk penjelasan.

Falsafah ini terus terbawa-bawa dalam tugas Pengarah Perhubungan Persekutuan Negeri (USNO) sehingga ia merupakan satu tenaga yang mantap dan kuat dan berperanan besar dalam menyelesaikan beberapa isu yang kadang kala melibatkan Kerajaan Persekutuan. Segala tindakan-tindakan dirahsiakan kerana strategy yang dirangka mestilah berperanan untuk mengukuhkan party.
Antara strateginya ialah mewujudkan kekuatan USNO melalui terbitan Lagu USNO. Mematahkan serangan-serangan Kartun party lawatan, memberikan pandangan atas gerak geri pegawai-pegawai persekutuan supaya bertindak dalam satu pasukan. Antara lain pula mengimbangi Lagu Hand in Hand dengan menerbitkan Lagu Gunung Kinabalu. Disini haruslah saya ucapkan terima kasih kepada Allah Yarham M.Y Ismail kerana telah mencipta lagu tersebut. Lagu tersebut sempat dilancarkan sehari sebelum lawatan Perdana Menteri untuk meresmikan Mesyuarat Agong terakhir USNO. Isteri saya Datuk Dayang Mahani dan Allah Yarham Datuk Norjan Badar turut dalam melancarkan lagu gunung Kinabalu, yang telah disumbangkan kepada RTM sebagai khazanah lagu-lagu patriotic Negara.
Saya cuma berharap pihak RTM sekurang-kurangnya memberikan perhargaaan kepada keluarga Allah Yarham serta kumpulan penyanyi atas sumbangan yang tidak ternilai dari Sabah.

Peranan harian pula termasuk meniliti dasar dan kenyataan-kenyataan kerajaan negeri sambil memberi jawapan dan penjelasan atas kedudukan sesuatu isu.

Oleh kerana perhubungan USNO dengan Kuala Lumpur semakin hari semakin baik, kita telah berjaya membawa masuk sejumlah 2juta ringgit peruntukan pembangunan untuk diagih-agihkan kekawasan ADUN USNO. Saya hampir merajuk kerana diberitahu oleh Pegawai Pembangunan Negeri yang wang tersebut mestilah melalui Kerajaan Negeri, lantas saya meninggalkan pesan supaya peruntukan tersebut dikembalikan sahaja ke Pusat kerana saya menganggap sia-sia sahaja usaha kita dan kehadhiran USNO sebagai Anggota Barisan NASIONAL diSabah tidak mempunyai sebarang makna. Sementara saya berada di Pejabat Pembangunan Negeri Pengarah ICU telah meghubungi saya supaya jangan berkecil hati kerana USNO sebagai party tidak mempunyai jabatan Khas untuk menerima wang pembangunan Kerajaan. Secara berseluruh saya katakan ada. Jawapannya Kemas negeri Sabah yang boleh memainkan peranan untuk menyampaikan peruntukan kekawasan2 ADUN USNO dan kawasan-kawasan tumpuan. Saya telah meminta Sdr Mustapha Mohd Yassin supaya memberikan butiran kepala code yang boleh digunakan. KEMAS serta merta melonjak naik dan bergerak selari dengan jabatan Pembangunan Negeri.

Begitu berpengaruhnya jawatan Pengarah Persekutuan Negeri (USNO) sehingga kerajaan Sabah terpaksa mewujudkan sebuah jabatan atas nama yang sama dengan melantik Datuk Chau Tet Onn sebagai Pengarahnya bertaraf Menteri Cabinet negeri.

Keputsan PBS keluar Barisan Nasional pada 15hb Oktober 1990 adalah tidak dijangka. Selang beberapa hari saya telah memanggil kumpulan pemikir untuk mengkaji impak hubungan antara Kerajaan Pusat dan Negeri walau pun BN kembali memerintah di peringkat pusat.

Keputusannya walau apa pun terjadi kita mesti mencari jalan supaya wang pembangunan untuk Sabah mesti disalurkan terus walau pun Kerajaan negeri tidak lagi menganggotai Barisan Nasional. Perselisihan yang ada adalah diantara Party dan Kerajaan dan tidak ada kaitan sama sekali dengan rakyat dan mereka tidak harus menjadi mangsa

Saya telah menderafkan pandangan saya dengan imputnya daripada beberapa ahli pemikir kepada YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan sebuah Jabatan Baru dengan nama Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (JPPS). Antara kandungannya adalah untuk menyelesaikan hal-hal pembangunan dan kesaksamaan sosial dalam memulihkan peradaban masyarakat. Tujuannya adalah untuk mewujudkan system kerajaan selari yang mampu mengambil alih peranan dan kelemahan jabatan-jabatan yang tergelincir dengan arus dan peranan sosial mereka.

Saya telah menyerahkan nota tersebut melalui Pengawal Peribadi YAB Perdana Menteri pada 25hb Oktober 1990. Saya difahamkan YAB Perdana Menteri telah meneliti nota saya beberapa kali dalam pesawat dalam penerbangan beliau ke Kuala Lumpur.

Pegawai Kewangan Persekutuan telah memaklumkan andainya Jabatan tersebut menjadi kenyataan beliau telah meminta peranan JKR dalam memantau projek-projek tersebut diletakkan dibawahi Kewangan Persekutuan Sabah. Saya mohon maaf kerana Nota saya sudah disampaikan sehari sebelumnya.

Saya berpesan kepada Pegawai Research, supaya mana2 jabatan yang diletakkan untuk berbincang dan mengambil keputusan dalam projek pembangunan di Sabah mestilah mempunyai pendirian bebas tanpa dikongkong oleh jabatan lain. Tujuan untuk menentukan supaya pertimbangan check and balance sentiasa ada dalam pelaksanaan projek-projek.

Dalam hubungan yang sama projek mestilah berperanan untuk menaikkan taraf ekonomi Sabah, membentuk semula pemikiran politik yang matang, membangunkan kesejahteraan, kemajuan rakyat Sabah dan memelihara perhubungan antara pusat dan negeri. Untuk itu garisan quota penganggihan harus berada dalam skala, 30/30/30/10. Artinya 30% untuk bumiputera, 30% kumpulan politik, 30% pasaran terbuka sementara 10% atas kebijaksanaan Pemimpin politik itu sendiri.

Syukur Alhamdulillah YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Jabatan Pembangunan Sabah dalam Perhimpunan Agong UMNO pada 1hb November, 1990. Keputusan yang sama juga di buat untuk Kelantan.

Peruntukan pertama yang sampai di Sabah sebanyak 200 juta dan programme nya dilaksanakan oleh KEMAS negeri oleh kerana JPPS belum menyelesaikan structure Jabatan mereka di Kota Kinabalu.
Dalam melaksanakan cita-cita tersebut kontraktor-kontraktor di Sabah hendaklah didaftarkan semula dari Class A hingga F, sambil mengadakan kursus-kursus bimbingan. Perlu saya sebutkan ketika kita membuat research hanya seorang sahaja di Sabah ini yang mempunyai lesen kontraktor Kelas A pada masa itu. Kalau beliau berjaya dalam perniagaan dan kaya tidak siapa yang harus menyangkal kebolehan beliau kerana beliau tahu membaca keadaan perniagaan pada ketika itu, walau pun pada hari ini memegang jawatan kerajaan yang tertinggi di Sabah.

Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah yang wujud lebih 20 tahun telah melalui perjalanan yang begitu jauh untuk membangunkan Sabah dan pernah saya sebutkan kepada seorang Menteri kanan Persekutuan bahawa matelamat pembangunan melalui JPPS sudah pun tercapai. Oleh kerana Kerajaan Negeri didalam tangan BN maka peranan JPPS haruslah dihentikan. Ada perkara yang tersirat yang tidak diketahui oleh pelaksana bahawa kuasa JPPS boleh mengurangkan pengaruh pemimpin2 negeri kerana itulah matelamat utama JPPS.

Falsafah inilah yang mungkin menjadi ikutan di hari-hari muka ini, bahawa Kerajaan Negeri tidak perlu di maklumkan dimana projek-projek pembangunan akan dijalankan dan apakah nilai projek yang bakal dibawa masuk.

Saya tidak tahu sama ada Kerajaan pusat apabila mengumumkan sesuatu projek membawa nama Ketua Kerajaan Negeri dan Cabinet dalam acara-acara rakyat. Mudah-mudahan ada. Umpamanya bila menyebut Kerajaan Pusat setelah berbincangkan dengan YAB Ketua Menteri Sabah dan Cabinet Negeri bersetuju akan melaksanakan projek A atau B dikawasan ini. Ini adalah bahasa politik, bahasa Kerajaan yang harus menjadi amalan kepada setiap pemimpin yang masuk ke Sabah untuk membawa projek. Disitulah letaknya seni dalam menatang hubungan antara pusat dan negeri.

Sebab ada pendapat yang mengatakan satu-satu projek yang turun ke Sabah tidak semestinya datang dari Satu Kementerian sahaja. Dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian-Kementerian, EPU, ICU sendiri dan pelbagai agensi. Dalam satu segi ia dikatakan decentralise, wal hal ia juga centralise.

Kerana wujudnya suasana demikian pemimpin-pemimpin bawahan, malahan kontraktor2 juga berpusu-pusu ke Kuala Lumpur cuba mewujudkan rangkaian peribadi masing-masing.

Secara tidak langsung ini melahirkan suatu suasana untuk membangunkan power base masing2 dengan rangkaiannya terus kepada penyokong-penyokong dipelbagai peringkat pimpinan politik dan kontaktor-kontroktar. Saya teringat bila saya menjadi Ketua Bahaagian UMNO amat mudah untuk berjumpa dengan Menteri-Menteri Persekutuan.

Setelah saya tidak lagi dalam jawatan UMNO, walau pun bergelar Datuk, ada sahaja alasan yang diberikan oleh Pegawai Menteri tersebut untuk mengelakkan diri bertemu dengan saya. Satu hari saya aka namakan Menteri yang bahagia ini. Saya hampir menulis surat terbuka dengan Menteri tersebut supaya jangan panggil saya abang lagi, kerana dia lupa kepada budi saya memberi undi kepada beliau untuk jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau bukannya tahu apa sebenarnya yang mahu saya sampaikan dalam pertemuan itu. Tidak semestinya projek.

Sistem seumpama ini sudah menjadi satu masaalah yang besar kerana terdapat kelemahan dalam cara pengagihan projek. Oleh kerana tidak dibendung awal timbul lah kejadian-kejadian dimana terdapat jumlah besar wang yang disorok dan dapat dirampas oleh Badan Pencegah Rasuah dari laci2, almari2 dan pelbagai tempat dari pegawai-pegawai yang mengambil kesempatan kerana terlihat oleh mereka ada kerenggangan para pemimpin dari maklumat-maklumat pembangunannya yang boleh diambil kesempatan untuk memesungkan dana-dana yang tidak bersih.

Walau pun ada kecurangan tapi kerajaan masih mampu meletakkan system penyampaian Negara pada paras yang sehat, kerana badan pencegah rasuah berjaya mengesan permainan projek dalam jabatan Kerajaan sehingga berjaya merampas wang-wang penipuan. Ini berarti system mengesan keselamatan dan kewangan kita masih terjamin dan dapat dipelihara dengan sebaik mungkin

Beberapa tahun yang lalu saya telah mencadangkan supaya JPPS ditutup dan kuasanya di turunkan terus kepada Ketua Menteri Sabah. Sehari seleas membuat cadangan itu Kerajaan Persekutuan telah menutup JPPS dengan serta merta. Tidak semestinya ini disebabkan kerana ditegur, kerana sebelulm ini pun ada juga suara-suara yang memanggil supaya ia ditutup akibat terlalu banyak pertelagahan dalam pelaksanaan projek-projek di Sabah. Memang sukar untuk mengendalikan projek-projek di Sabah, kerana permintaan terlalu mendesak dan sentiasa diasak. Malahan kerap kali ia mencabar perasaan dan kesabaran. Namun banyak yang boleh dipelajari dari pengalaman JPPS apa bila bertemu dengan permintaan Kerajaan, para pemimpin politik dan rakyat. Apa pun ia juga merupakan satu lagi cerita kejayaan Kerajaan.

Sudah tentu terima kasih kepada semua pegawai-pegawai JPPS daripada mula jabatan ini diperkenalkan di Sabah adalah kena pada tempatnya.. Apa pun yang mahu diperkatakan namun indeks pembangunan di Sabah semenjak tahun tahun 1990 mencapai taraf yang amat membanggakan disebabkan usaha yang gigih dan keyakinan pegawai-pegawai dan pemimpin politik untuk melaksanakan programme pembangunan untuk rakyat.

Ketika Datuk Seri Panglima Osu Sukam menjadi Ketua Menteri, saya telah mencadangkan melalui akhbar supaya satu pasukan pemantau ditubuhkan untuk memantau gaya kehidupan dan kelakuan pegawai-pegawai dan pemimpn-pemimpin Kerajaan.

Memang sukar untuk membezakan diantara pergaulan yang sehat mahu pun yang jujur, disebalik perhubunganya manusia yang mempunyai muslihat. Kalau tidak ada kedudukan dan berjawatan sudah tentu tidak ada yang harus dipertikaikan. Akan tetapi apabila ada pihak yang berani berbelanja diluar dari kemampuan pendapatan pastinya ia akan menjadi tanda Tanya dan kecurigaan yang merupakan material kepada badan pemantaun.

Cadangan ini telah ditolak kerana ada yang merasakan Badan Pencegah Rasuah sudah memadai untuk memainkan peranan. Oleh kerana sudah ada isu, hari ini saya ceritakan. Tugas Badan memelihara integerasi boleh menegur untuk mengelakkan kecurangan. Dengan rasuah, kerana ia sudah berlaku maka tindakannya jauh berbeza. Teguran boleh mendatang pelbagai makna, dibuang kerja, diturunkan pangkat, dipindah atau hilang kedudukan.

Apa yang ditekankan oleh YAB Ketua Menteri haruslah dipandang serious oleh semua pihak dan mestilah diberikan sokongan dalam mencari punca masaalah yang menjadi penyebab kelemahan kepada system yang ada. Dari itu cadangan untuk membuat rombakan atau “review” memang wajar.
Dalam Kerajaan Berjaya, projek-projek dipamerkan dan mungkin spesifikasi juga dipamerkan bersama. Oleh itu semua pihak yang berminat maklum dan secara tidak langsung boleh menjalankan pelbagai odit keatas projek tersebut.

Adalah molek semua projek yang masuk ke Sabah di maklumkan kepada Ketua Menteri, setidak-tidaknya senarainya disampaikan melalui mesyuarat-mesyuarat Majlis Tindakan Negeri. Yang Paling baik lagi kalau sesuatu projek itu mendapat perkenan oleh Kerajaan Negeri supaya mendapat kefahaman bahawa projek itu dipohonkan oleh kawasan-kawasan dimana dengan Kerjasama dua kerajaan ia disampakan kepada rakyat.

Projek pembangunan adalah modal besar dalam politik, jika maklumat penuh tidak diperolehi, pemimpin-pemimpin tempatan yang berperanan sebagai “pegawai perhubungan rakyat” tidak akan dapat menjual cerita politik mereka dengan mudah dan dianggap tidak menjalankan tugas untuk membawa perubahan kepada kawasan masing-masing.

Mungkin kedudukan pegawai-pegawai Kerajaan juga harus dikaji semula supaya tidak seorang pun harus duduk dengan begitu lama dalam jabatan-jabatan yang strategic yang ada hubungannya dengan pembekalan dan pelaksanaan projek. Ini untuk mengelakkan jangan sampai pegawai-pegawai-pegawai di bebankan dengan tafsirarn atas keinginan dan hasrat untuk mencari kesempatan buat diri sendiri.

Dari titik tolak atas adanya kambing-kambing hitam, Kerajaan Sabah masih mempunyai ramai kakitangan yang dedikasi dan bekerja dengan tungkus lumus untuk memajukan Sabah. Sudah tentu sesuatu yang terbaik akan lahir selepas kita mengahdapi gejala rasuah yang menular dalam masyarakat.

Ketua Menteri adalah satu Institiusi. Dalam perhubugan antara Kerajaan Pusat dan Negeri, kedudukan Ketua Menteri haruslah sentiasa dipelihara demi menjaga keutuhan Kerajaan itu sendiri dimana para pemimpin saling bergantung untuk menjaga martabat masing-masing. Dari situ kita harus bangunkan keyakinan rakyat supaya Kerajaan dapat melahirkan satu wadah kecemerlangan disebalik kejayaan Kerajaan Negeri yang telah berjaya mengumpulkan dana yang besar sebagai reserve kerajaan.

Saya juga mencadangkan supaya segala wang penipuan yang telah dirampas oleh Badan Pencegah Rasuah dikembalikan ke Sabah dan di masukkan dalam tabung pendidikan, yang mana sebilangan besar penuntut kita hari ini sedang berhadapan dengan perbelanjaan yang meningkat akibat ekonomi dunia yang tidak menentu.

http://www.malaysia-today.net/dont-mess-up-the-system/

Comments
  1. http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=114186
    ‘Ministry bypassed State Govt’
    Published on: Wednesday, November 23, 2016

    Kota Kinabalu: Assistant Finance Minister Datuk Ramlee Marahaban (pic) said the State Government was not involved in the process of securing projects funded via grants from the Federal Rural and Regional Development Ministry.

    He said some of the water projects in the State were implemented through a fund from the Federal Government which was channelled straight to the ministry via the National Key Result Areas (NKRA) for Rural Water Supply Projects (RWSP).

    “Under the RWSP, the ministry acts as the Allocation Controller and Implementing Agency…all financial matters including the allocation control and payment process are implemented at the ministry level,” he said in answering a question from Datuk Seri Lajim Ukin (Harapan Rakyat-Klias) at the State Legislative Assembly sitting, Tuesday.

    Ramlee cited Tongod, Pulau Sebatik near Tawau, and Pulau Gaya near Semporna, where pipelines were installed but there was no water, while in Pulau Banggi near Kudat, old pipelines were dug up and reused.

    He said he had also seen roads ending up in jungles and added in jest “it was probably for the use of monkeys.”

    The source of funds implicated in the Sabah Water Department graft scandal became a hot topic in the Assembly with a barrage of questions from both the ruling and opposition camps, among them Pantai Manis Assemblyman Datuk Seri Rahim Ismail, Klias Assemblyman Datuk Lajim Ukin, Banggi Assemblyman Datuk Abdul Mijul Unaini and Likas Assemblyman Junz Wong.

    Graft busters had last month uncovered over RM300 million in the accounts of several officers from the department, including its Director and Deputy believed to be kickbacks raised from government allocation to improve water supply projects in rural areas.

    The Assembly heard that the funds in question were from the Federal Rural and Regional Development Ministry which was once headed by a Sabahan Minister.

    Chief Minister Datuk Seri Musa Aman cum State Finance, who was forced to address the issue, felt it was perhaps due to his “differences of opinions” with the said minister that the State Government was never in the know of the projects carried out by the ministry in Sabah.

    He did not name the former minister but it was apparent he was referring to Semporna Member of Parliament Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, who was dropped as Rural and Regional Development Minister in June this year.

    Musa said he had a approached the minister many times on the matter before but was turned down.

    Although it was common practice for any Federal Minister to brief the State Government on their programmes, he said the Ministry concerned dealt directly with State agencies, such as the Water Department, when carrying out projects in Sabah.

    “It’s probably his plot to humiliate me as the Chief Minister…it doesn’t matter. I’ll still be the Chief Minister today and also tomorrow. But what got me infuriated is when billions of ringgit allocated by the Federal Government to benefit the people of Sabah did not reach the target groups and people kept complaining about having no water, electricity, as well as roads in their villages,” he said.

    He said this was among reasons the Ministry’s projects in Sabah, costing millions did not benefit the rural communities, or projects of less importance were carried out first.

    Musa recalled visiting Long Pasia and congratulating the residents for having received a RM10 million federal-funded solar-power panel to light up their homes.

    “The village chief looked at me and asked what solar power? There was a letter and there was already approval for the funding. But where is the solar panel?” asked Musa, adding this was the result of “contractor-driven” projects.

    Musa said it was unlikely the source of funds was the State Government as the annual allocation made for maintenance and repairs to the State Water Department was only around RM50 million to RM70 million a year.

    Aside from this the payments to contractors are tightly monitored by the State Finance Ministry, he said.

    He pointed out since the Rural and Regional Development Ministry took over the development of rural areas from Federal Finance Officers in Sabah in 2010, billions of Ringgit have been pumped in for the development of the State.

    Under the 10th Malaysia Plan (2011 – 2015) alone, the Ministry had executed by itself a total of 192 rural water supply projects at a cost of RM2,001,080,000 but only RM1,994,110,000 was registered as the true expenditure.

    Musa admitted while there were probably leakages in the present procedures, power abuse was also likely as the Water Department had never informed the State Government of the Federal Ministry projects.

    Towards this end he said all water supply projects have to get the endorsement of the State Water Department to process the payment of contractors on completed projects.

    “The question is why did the department certify and endorse payments for projects that it should have known were not completed,” he said.

    Musa said this was still happening, pointing out that although the Federal Treasury allowed department directors to approve projects costing up to RM500,000, the State limits its officers to projects up to RM250,000.

    He said following the arrests of the Sabah Water Department officials over corruption and abuse of power allegations, the Government had to revise its present procedures, and is working with the Malaysian Anti-Corruption Commission to close loopholes.

    Like

  2. Apparently the RM3.3 billion was chanelled by the Federal Gov’t to the Sabah Water Department, a state dept under Deputy Chief Minister and Minister for Infrastructure Development Joseph Pairin Kitingan.

    Can the Federal Government channel RM3.3 billion directly to a state dept? Shouldn’t it go through the Sabah Government and the State Ministry of Infrastructure Development?

    If the Water Dept received RM3.3 billion directly from the Federal Government, did it report the matter to Pairin?

    What does former Federal Minister of Rural and Regional Development Shafie Apdal have to say on the RM3.3 billion if it was chanelled directly to the Water Department?

    There should be a Royal Commission of Inquiry (RCI) on the RM3.3 billion Water Department scandal.

    Like

Hey, hey! What have you got to say?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s