Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin Says, Umno Has Its Tail Between Its legs

Posted: February 22, 2009 in Barisan National, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Malaysia, malaysiakini, Malaysian Politics, Pakatan Rakyat, Perak, UMNO
Tags:

This was reported by Malaysiakini | 22 Februari 2009

Here goes….

UMNO penakut, kata MB Nizar

Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

“Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak, katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

“Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh…tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

“Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya,” kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan.

“Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi,” katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

“Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

“Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!” tegasnya.

Keluar rumah rasmi

Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.

Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan
kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya.

Hey, hey! What have you got to say?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s