12 November 2008

NAJIB AKAN GAGAL: KATA DR MAHATHIR-MALAYSIAKINI

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kemampuan yang secukupnya untuk menghadapi kemelesetan ekonomi global.

Dunia, kata beliau, sedang berada di ambang kemelesetan ekonomi.

“Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama,” Malaysiakini memetik beliau berkata.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, krisis ekonomi global memerlukan tindakan antarabangsa untuk menangani sistem kewangan global yang boleh disalahgunakan.

“Melainkan kita menukar sistem, (penyalahgunaan) tidak akan berhenti. Untuk merubah sistem kita memerlukan kerjasama. Bukan hanya perintah dari Washington,” katanya.

Sebelum ini, Dr. Mahathir menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tertarik.

Malaysiakini 21 April lalu melaporkan Dr Mahathir menganggap Najib “lemah dan pengecut”.

Advertisements
Comments
  1. PJC says:

    great indians of Malaysia

    Like

Hey, hey! What have you got to say?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s